Penjelasan Miera Liyana tentang pertunangan ketika melawat Shazs di hospital 

"Alhamdulillah, Shahz hanya berada di wad HUKM selama sehari sahaja. Saya bersama keluarga sempat melawat Shahz yang ketika itu disyaki menghidap penyakit batu karang. Namun, syukur semuanya okay sahaja," jelas Miera Liyana 

Ditanya mengenai perkembangan hubungan cinta dua selebriti ini, Miera atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu bahawa mereka ada merancang untuk bertunang tahun hadapan namun ia masih terlalu awal untuk mengesahkan hal tersebut.