Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Saingan Liga Europa

Jol akui kurang pengalaman punca Fulham tersingkir

  FALL   (kiri) menjaringkan gol penyamaan Odense yang menyingkirkan Fulham daripada saingan Liga Europa dalam saingan  Kumpulan K di Craven Cottage, kelmarin.
FALL (kiri) menjaringkan gol penyamaan Odense yang menyingkirkan Fulham daripada saingan Liga Europa dalam saingan Kumpulan K di Craven Cottage, kelmarin.
LONDON: Martin Jol meletakkan faktor pengalaman dan kebijaksanaan sebagai punca utama Fulham tersingkir daripada saingan Liga Europa selepas pemain simpanan Odense, Djiby Fall menyamakan kedudukan 2-2 pada akhir masa kecederaan.

Fulham turun pada perlawanan Eropah ke-14 mereka dalam musim paling cemerlang dengan sasaran menewaskan pasukan tercorot Kumpulan K itu untuk menempah tempat ke kelompok 32 terakhir saingan.
Namun Fulham yang turun sebagai tuan rumah gagal mengekalkan kelebihan 2-1 apabila dibolosi tiga minit dalam masa kecederaan, sekali gus membolehkan Wisla Krakow menduduki tangga kedua kumpulan.
“Kami mendahului 2-1 dan 30 minit sebelum tamat, kami tidak cukup bijak dan berpengalaman untuk mengekalkan bola dalam kawasan lawan,” kata Jol. “Ia bermula dengan gerakan (Orlando) Sa, 25 saat sebelum wisel penamat.

“Daripada pergi ke kawasan lapang dan mengawal bola di sana, dia memilih membuat percubaan ke arah gol dan dia kehilangan bola, dan lawan menyerang balas. Cukup mengecewakan mengalami situasi ini di laman sendiri ketika permainan berbaki 15 saat.

“Kami boleh menang sekiranya dia memilih untuk terus memegang bola dalam beberapa saat terakhir, tetapi dia tetap mahu mencari gol. Kemudian anda tersingkir kerana keputusan itu. Ia cukup mengecewakan, sama seperti gol pertama.” – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...