Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Kerajaan dengarlah luahan nelayan

ALOR SETAR: Sekumpulan 12 nelayan pukat tunda Zon C2 di Kuala Kedah dekat sini, terpaksa menghentikan operasi mereka sejak enam bulan lalu berikutan kenaikan harga diesel sebanyak 55 sen kepada RM1.80 seliter.

Pengerusi Pertubuhan Pemilik Bot Ikan (PPBI) Kedah Tong Sang Chai berkata, kenaikan itu yang berlaku sejak Jun lalu, menyebabkan pemilik bot tidak dapat menampung kos operasi.
“Kenaikan itu tidak wajar kerana sebelum ini harga diesel subsidi untuk nelayan Zon C2 sama dengan Zon B dan C iaitu RM1.25 seliter, walaupun nelayan di dua zon terbabit hanya berada pada jarak lima dan 12 batu nautika dari pantai, berbanding 30 batu nautika untuk nelayan Zon C2, ” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Katanya, jarak yang jauh memaksa nelayan Zon C2 menggunakan 3,000 liter diesel, selain perlu berada di laut selama tujuh hari dan menanggung kos lain seperti makanan, ais kiub dan gaji awak-awak serta tekong.

Peningkatan kos diesel itu menyebabkan nelayan terpaksa membelanjakan RM21,600 sebulan berbanding RM15,000 sebelum ini, sekali gus mengakibatkan ramai terpaksa menghentikan operasi.

“Kami berharap pihak kementerian yang bertanggungjawab mengkaji semula kenaikan subsidi diesel sebanyak 55 sen terhadap nelayan Zon C2 dengan kadar segera bagi membolehkan kami menangkap ikan semula," katanya.

Pemilik bot, Ong Keat Lye, berkata disebabkan botnya tidak beroperasi, beliau berdepan dengan risiko muflis kerana tidak mampu membayar balik pinjaman bank sebanyak RM500,000 untuk menjalankan perniagaan itu.
Selain itu, Ong juga terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi terhadap enjin bot dan struktur botnya setiap kali sebelum pergi menangkap ikan bagi mengelakkan kejadian buruk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...