Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 13 December 2011

RM42 bilion harta pusaka, sepencarian dibeku

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka dan sepencarian di kalangan wanita di negara ini masih rendah antara faktor menyebabkan RM42 bilion harta pusaka dibekukan kerana tidak dituntut atau perebutan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, situasi itu menunjukkan masyarakat kurang prihatin atau tidak sedar cara menguruskan harta mereka. “Situasi berkenaan berbeza di negara Barat apabila tahap kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka dan sepencarian tinggi berbanding negara membangun lain termasuk negara ini,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Hari Wanita Desa Antarabangsa 2011 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini, semalam. Turut hadir Presiden Angkasa, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...