Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

peruntukan mangsa banjir hanya kepada ahli umno ?




TUMPAT - Peruntukan besar yang disalur oleh kerajaan pusat kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir bukan hanya kepada kumpulan tertentu sahaja, sebaliknya meliputi semua yang terlibat dengan bencana itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, dakwaan kononnya kerajaan mengagihkan peruntukan itu kepada pihak tertentu sahaja adalah tidak benar dan berunsur politik untuk memburukkan kerajaan.
"Sebab dalam hal ini semua yang terlibat dengan banjir, kerajaan memberikan bantuan, tidak kira siapa,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Bantuan Bencana Alam Banjir Kawasan Tumpat di sini, hari ini.
Sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan memilih kumpulan tertentu sahaja dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir dan tidak kepada penyokong mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...