Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

minyak masak kitar semula melambak di 6 negeri ?

Tak ada minyak masak kitar semula di pasaran - Tiong Lai


PUTRAJAYA - Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan belum menemui minyak masak yang dikitar semula di pasaran seperti mana yang dihebohkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Tiong Lai berkata, sejak menerima laporan, pegawai kementerian itu telah memeriksa dan memantau di enam buah negeri, namun masih tidak menjumpai bekalan itu.
Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang mendapati bekalan itu dijual di pasaran supaya terus menghubungi kementerian itu untuk tindakan segera.
"Kita tidak akan bertolak ansur dari segi keselamatan makanan. Pemantauan telah dijalankan di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Sabah, Terengganu, Selangor dan Sarawak yang melibatkan 40 sampel minyak masak. Hasil kajian menunjukkan semua sampel tersebut merupakan minyak sawit tulen dan tiada kesan campuran dengan minyak masak tempatan.
"Kerajaan tidak membenarkan minyak masak kitar semula dijual di pasaran.
“Kalau orang ramai mendapati ada pihak yang menjual minyak itu, sila lapor kepada kementerian, katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama wakil industri pengeluar makanan, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...