Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Pertembungan Gomez, Podolski jadi tumpuan

Lukas Padolski (kiri) dan Mario Gomez.
Lukas Padolski (kiri) dan Mario Gomez.
BERLIN: Penyerang Jerman, Mario Gomez dan Lukas Podolski akan bertembung sesama sendiri hari ini apabila Cologne menentang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich dalam minggu terakhir liga Jerman pada 2011.

Penyerang Cologne, Podolski berada pada tahap terbaik dengan lima gol dalam tiga perlawanan liga terakhir dan sepanjang musim ini 14 kali meledak jaringan, termasuk ketika seri 1-1 menentang Mainz Selasa lalu.
Gomez dari Bayern pula kini gah menduduki tangga teratas senarai penjaring Bundesliga dengan 15 gol hasil 15 perlawanan liga, termasuk dua ketika menewaskan Stuttgart 2-1 Ahad lalu yang meletakkan Bayern tiga mata selesa di persada liga.
Kedua-dua penyerang akan terus memburu gol di Allianz Arena hari ini.

Podolski, yang kontraknya tamat pada 2013, menjadi tumpuan media sejak Schalke mengumumkan minatnya untuk mendapatkan pemain itu, manakala Cologne mahu dia menandatangani kontrak lanjutan sebaik rehat musim sejuk nanti.
Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer menganggap bekas pemain Bayern itu antara ancaman paling besar pada pertemuan hari ini. “Penting untuk mengawalnya Jumaat nanti,” kata Neuer.

Gol-gol Podolski membolehkan Cologne berada di pertengahan kedudukan liga, dan menurut pengendalinya, Stale Solbakken, dia bermain bola sepak terbaiknya sepanjang karier dan berharap dapat mengecewakan tuan rumah hari ini. – AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...