Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

59 pelumba drift dunia gegar Dataran Merdeka


DATARAN Merdeka akan bertukar menjadi litar perlumbaan apabila 59 pelumba drift bertaraf dunia yang akan berentap dalam Formula Drift Achillies Malaysia 2011 siri ketiga pada esok dan dan Ahad, selepas berlangsungnya dua perlumbaan di Singapura dan Indonesia.

Peminat sukan permotoran terutamanya yang membabitkan drift akan disajikan dengan aksi tangkas pelumba antarabangsa dalam mengendalikan jentera masing-masing dengan deruman enjin berkuasa tinggi dan kepulan asap turut menghangatkan suasana.
Perlumbaan ini menjadi acara kemuncak dalam kalendar sukan tahun ini dan dijangka menarik minat ramai bakat baru serta pemandu berkelas dunia membabitkan pelumba dari Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Jepun dan Australia.
Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Sukan ESPN Star, Harvey Davis, pihaknya begitu teruja dengan penganjuran Formula Drift Achillies Malaysia 2011 dan begitu mengalu-alukan pelumba bertaraf dunia beraksi di Kuala Lumpur.

“Perlumbaan ini menjanjikan persaingan hebat antara pelumba dan menjanjikan kepuasan kepada penonton,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...