Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday, 9 December 2011

Pemimpin BN mahu berundur dicadang berikrar di hadapan ahli



MELAKA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencadangkan agar pemimpin Barisan Nasional (BN) berikrar di hadapan anggota peringkat bahagian sekiranya berhasrat untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, itu adalah satu langkah telus bagi menjelaskan pendirian seseorang pemimpin yang mahu memberi laluan kepada calon yang mampu membawa kemenangan kepada BN.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri di sini hari ini, Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, jika pemimpin di sesuatu kawasan itu dapat melakukan ikrar di hadapan anggotanya, ia akan memberi impak besar terhadap perjalanan parti.
"Mereka tidak harus terasa hati sekiranya tidak dicalonkan kerana terdapat ramai calon yang mampu membawa kemenangan kepada parti di sesuatu kawasan,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...