Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Potongan 40%: Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dilancarkan


KUALA LUMPUR - Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan hari ini, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif berkata, kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat.
"Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...