Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

Pembunuh kucing dipenjara 168 hari

Sesetengah Manusia sekarang sudah tidk ada sifat kemanusiaan walau sedikitpun. Bukankah agama mengajar erti kasihan belas. peristiwa ini terjadi di London.
  Seorang wanita Britain yang telah membunuh seekor anak kucing yang berusia 10 minggu dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam gelombang ketuhar demi  membalas dendam terhadap kucing yang tidak berakal itu. Kerana perbuatan yang tidak berakal itu dia telah dijatuhi hukuman penjara 168 hari. Ini lah orang kata, tiada pasal saja cari pasal .
  Gina yang berasal dari Tor- quay, barat daya England, didapati bersalah atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dibicarakan bulan lalu.
 Selain hukuman penjara, mahkamah juga mengenakan hukuman melarang Gina memelihara binatang untuk tempoh 10 tahun. Atas dasar apakah kucing itu diperlakukan sedemikian rupa iaitu membunuh hidup -hidup . Apakah yang telah dilakukan kucing tersebut sehingga dihukum hukuman mati ?

Jika di luar negara, pembunuh kucing telah dipenjarakan tapi lain pulak kes yang berlaku di Malaysia.
Kalau tidak silap saya peristiwa ini terjadi di Serdang. Tidak pasti kenapa kezaliman ni dilakukan oleh perempuan ini. Setelah permohonan maaf di buat oleh perempuan tersebut , dia telah dilepaskan . saya tidak pasti adakah perempuan tersebut dikenakan denda / sebarang hukuman oleh pihak berkuasa. 


Adakah hanya perasaan menyampah dan sakit hati tengok binatang tersebut ader di situ hingga membawa tindakan tersebut? Adakah langsung tidak ader erti perasaan sakit bila dizalimi? Ingatlah hari pembalasan memang wujud...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...