Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 17 December 2011

Min Young berhenti berlakon?





Penggambaran drama Glorious Jane lakonan Park Min Young semakin hampir ke penghujungnya.
Ini bermakna aktres tersebut kini sudah semakin hampir dengan perancangannya untuk menghentikan segala aktiviti seninya tidak lama lagi.
Perancangan itu telah dibuat Min Young sejak awal tahun lalu selepas dia merasakan sudah tiba masa buat dirinya untuk berehat dan menikmati hidup sebagai orang biasa setelah lima tahun bekerja keras.
Bagaimanapun, ini bukan bermakna Min Young mahu terus-menerus meninggalkan dunia lakonan.
Mengikut perancangan, menurut agensi, Min Young mahu berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan sebelum memulakan kariernya kembali.
"Dia tidak pernah mengambil cuti rehat sejak muncul pada tahun 2006. Dia sering sahaja sibuk dengan pelbagai projek drama dan sebagainya.
"Min Young juga merancang untuk bercuti di Amerika Syarikat (AS) bersama keluarga," kata agensi.
Min Young dijangka akan kembali aktif dalam bidang lakonan bermula Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...