Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 15 December 2011

Makin ramai pelajar jadi pekerja seks

LONDON: Semakin ramai pelajar beralih arah untuk bekerja di industri seks bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke universiti ekoran yuran pengajian dan kos hidup yang semakin meningkat, dedah satu laporan, semalam.
Kesatuan Pelajar Kebangsaan (NUS) memberi amaran, selain menjadi pekerja seks, pelajar juga beralih kepada perjudian dan uji kaji perubatan bagi membayar pendidikan mereka. Pembaharuan kerajaan bermakna universiti mula mengenakan caj hingga 9,000 pound (RM45,000) setahun bagi yuran pengajian mulai tahun depan.

Selain itu, elaun penyelenggaraan pendidikan (EMA) untuk pelajar berusia 16 hingga 19 tahun sudah dimansuhkan. Menurut laporan NUS, pembaharuan ini yang menyebabkan pelajar beralih ke sektor ini bagi mendapatkan wang.
Pegawai kebangsaan NUS, Estelle Hart memberitahu program Live Breakfast Radio 5 BBC: “Pelajar mengambil langkah lebih berbahaya. “Dalam keadaan ekonomi dimana terdapat kurang pekerjaan, apabila bantuan pelajar sudah dihentikan, mereka mula mencari pekerjaan dalam sektor skonomi tidak rasmi seperi pekerjaan seks.

“Semuanya itu kerja bahaya yang tidak terkawal, hanya untuk membolehkan mereka mendapatkan pendidikan.” NUS juga memberitahu program itu phaknya menganggarkan kira-kira 20 peratus wanita yang bekerja di kelab tarian lucah adalah pelajar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...