Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 15 December 2011

Pasangan artis popular yang bahagia

JAKARTA: Aktres dan penyanyi, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dikenali sebagai BCL sering membawa anaknya, Noah ke pertunjukan fesyen dan pulang lewat malam.
Katanya, dia sudah biasa membawa anaknya itu menghadiri pertunjukan walaupun diadakan di luar Jakarta.

BCL berkata, dia tidak biasa meninggalkan anak lelakinya yang berusia satu tahun lebih itu, di rumah.

“Dia perlukan hiburan. Malah, kami sekeluarga, ibu bapa dan anak saudara akan menyaksikan pertunjukan bersama,” katanya ketika ditemui di pertunjukan Langgam Tiga Hati di Ritz-Carlton, Jakarta, semalam.


Walaupun terpaksa menunggu pertunjukan selesai hingga tengah malam, isteri Ashraf Sinclair itu berkata, anaknya Noah, tidak meragam. Asalkan tempat itu tidak berbau asap rokok dan dingin.

“Kalau tempatnya kecil dan terpaksa berkongsi dengan orang lain, saya tidak akan bawa dia. Kasihan kepada orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...