Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday, 18 December 2011

Ketua Puteri Umno Banggol Donas keluar parti

Bila kezaliman terkena batang hidung sendiri barulah menyatakan Umno itu zalim. Ini terjadi kepada Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN. Ini adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu," katanya yang dipetik Buletinonline.

takkan langsung tiada perasaan simpati dan kasihan belas kepada Ruhani yang pernah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008.

“Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,

“Inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya,”katanya tidak puas hati.

Namun ujarnya, Umno kemudian bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“Kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,” jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...