Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 18 December 2011

Di Kelantan pun ader kes buang bayi

 Berita yang baru aku dapat dari Bernama di Machang kes Seorang bayi lelaki dijumpai di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajul, Banggol Judah yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak. Namun malang yang menimpa kerana ketika dijumpai bayi itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.
 Dalam keadaan Kelantan yang menyekat segala hiburan - hiburan yang merosakkan akal masih terjadi lagi peristiwa kejam seperti ini. Apa yang boleh aku perkatakan lagi ? Bukankah hiburan yang melalaikan sudah tertutup di Kelantan ? Mungkin hukuman  yang menanti mereka masih tidak dapat menakutkan mereka lagi.
Bagaimana perempuan itu menyorok bayi yang masih dalam kandungan tanpa pengetahuan ahli keluarga dan orang- orang dipersekitaran ? Kerajaan sepatutnya mengenakan hukuman yang keras kepada mereka kerana perbuatan mereka bukan sahaja berzina malah sudah sampai peringkat membunuh.

Sesungguhnya nafsu tidak kira di mana kita berada, yang penting kita mesti menjauhi zina iaitu berpacaran sebelum kahwin insyaallah kita akan terselamat dalam perbuatan yang amat zalim ini.
Kepada sesiapa yang telah terlanjur , kembalilah ke pangkal jalan sesuangguhnya pintu taubat masih terbuka luas. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Pengasihani.
Kasihanilah diri sendiri kerana ader kes macam ini boleh meragut nyawa diri sendiri. Yang lebih pilu ia terjadi kepada umat islam itu sendiri. Apa bangsa lain akan  kata kepada bangsa melayu yang beragama islam ini ?  Buknkah perbuatan ini akan memalukan islam itu sendiri di mata agama yang lain ?
kekadang mereka juga tidak boleh dipersalahkan 100% kerana mungkin mereka adalah masih menth dan tidak dapat memikirkan secara matang dan mendalam kerana faktor yang memalukan dan terdesak ini..aku sendiri pun tak tahu nak komen apa..hehe  apatah lagi nak mengutuk....
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...