Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

kes siamang serang kanak- kanak dipandang serius

 Berhubung dengan kes siamang menyerang kanak - kanak sehingga mendatangkan parah digigit hingga menampakkan tulang. Mangsa telah menjalani pembedahan tiga jam di Hospital Melaka selepas kaki kanannya digigit siamang di zoo itu.

Mangsa :
  1. Muhammad Afieq Haziq Kamarul Baharin, 3 tahun dan 
  2. Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5 tahun 
Tertuduh :
  1. Siamang @ hylobates syndactalus  38 kg

beberapa tindakan telah diarahkan untuk diambil. Antaranya :-

  1. Difahamkan haiwan berkenaan tidak mungkin boleh melepasi kolam yang mengelilingi kawasan menempatkannya, namun ada yang mendakwa ia berlari keluar dari situ.
  2. melihat semula spesifikasi kolam dan habitat siamang itu, kemungkinan perlu diperbesarkan di samping mengkaji landskap lokasi bagi mengelak kejadian berulang
  3. memastikan pokok dicantas supaya ia tidak bersambung dengan pokok lain dan air sentiasa ada dalam kolam yang mengelilingi kawasan menempatkan haiwan itu agar tidak terlepas.

 Apa kata penjaganya tentang kejadian tersebut :
  •   “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37
  •  “Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.
    “Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.
    “Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,”
  • “Dalam sekelip mata, sekumpulan pengunjung berhampiran haiwan itu kelihatan bertempiaran lari dan berteriak meminta tolong dan tidak lama selepas itu, haiwan ini meluru ke arah Muhammad Afiq dan menyerangnya. “Saya menjerit terkejut dan suami yang awalnya tidak menyedari kejadian itu bertindak pantas memegang kepala haiwan itu tetapi ia tetap tidak melepaskan gigitan pada kaki Muhammad Afiq.Gigitan itu hanya dilepaskan selepas seorang pengunjung berhampiran menendang perut haiwan itu,”  
  •  “Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.
    “Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.
    “Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,”

        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...