Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Kate Middleton dinobat wanita paling sopan



WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial.

Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011.
Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat,” lapor majalah Us.
Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum.

Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...