Walaupun telah dan sedang diuji dengan bermacam- macam ujian hidup , aku masih lagi bersyukur kerana masih lagi diberi keizinan untuk merasai nikmat hidup. Kehidupan ini bagiku penuh bernilai dan berharga kerana aku masih lagi dapat merasainya sendiri dengan mata hati aku. Di luar sana masih lagi ramai yang diuji Allah sampai ader yang baru bercadangkan menamatkan nyawa, ader yang baru menamatkan nyawa dan ader yang telah menamatkan nyawanya sendiri...Nikmat nyawa langsung tidak disyukuri, bukankah di luar sana begitu indah ?
Pokok- pokok yang cantik menghijau, bunga berguguran , sawah yang menghijau dan menguning masak, ikan berkejaran, alangkah indah dan nyaman nya hidup ...sayangnya untuk aku meninggalkan dunia ini apatah lagi menamatkan nyawa sendiri.. kenapa masih yang tidak menghargai ?
Kurniaan nyawa hanya sekali dalam kehidupan ini, nikmatilah dengan penuh kenikmatan ....Mudah- mudahan kita adalah yang terbaik.....
No comments:
Post a Comment