Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Anjing pun berjasa sebenarnya

  Bila terpandang anjing yang digilis kereta itu...tetiba aku terasa sebak..begitu sekali kesudahan riwayat hidup anjing jiranku yang amat aku kenali itu. Sadis dan menyayat hati walaupun seekor haiwan di mata kita semua. Perlu ke aku bersyukur dan berterima kasih pada si pelanggar lari itu kerana bukankah anjing itu yang selalu mengganggu tidur ku di malam hari ? Bukankah anjing itu banyak kali menakutkan anak aku bila bermain di luar rumah ? Bukankah anjing itu yang mendatangkan fobia kepada anakku unutk bermain- main di hadapan rumahku sendiri ? Walaupun aku benci dan hampir- hampir menimbulkan perkelahian antara kami jiran berjiran namun sekurangnya anjing itu lah yang mengejutkan aku untuk solat di tengah malam. Anjing itu lah yang menyedarkan aku untuk bangun menyembah Allah di malam sunyi. Sejak ketiadaan anjing itu, sudah banyak hari aku terlepas untuk melakukan solat malam. Sesungguhnya aku amat rindukan suara anjing itu.Mungkin kerana aku tidak bersyukur maka nikmat salakan anjing itu telah ditarik balik dan jiran aku mengambil keputusan untuk tidak membela anjing lagi demi menjaga hubungan jiran tetangga yang lain. Sebenrnya bukan aku sorang yang mengadu tentang anjing itu, jiran-jiran yng lain pun sama. Mungkin juga anjing itu telah menyelamatkan anak aku dari diculik di hadapan rumah ku sendiri .. Siapa lah aku untuk mengetahui itu sumer.. Yang pasti segala ciptaan Allah itu ader baik dan buruknya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...