Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Harga maksimum 13 barang sempena Natal


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara. “Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain,” katanya. Menurutnya, senarai barang iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Katanya, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33), daging kambing biri-biri import bertulang (RM20). Daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...