Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 8 December 2011

Gangguan sexual di tempat kerja


pix_gal0
Ketahui hak sebagai wanita

KAJIAN di beberapa negara perindustrian menunjukkan 42 peratus hingga 70 peratus pekerja wanita mengalami gangguan seksual. Walaupun tiada hasil kajian yang konklusif mengenai gangguan seksual di negara ini, ia memang berlaku terutama di tempat kerja yang ada ramai pekerja wanita.
Justeru, keadaan ini memerlukan perhatian yang serius dan tindakan segera untuk menanganinya supaya tidak menjadi lebih buruk. Lebih-lebih lagi, terdapat bukti kukuh bahawa kebanyakan kes gangguan seksual di tempat kerja tidak dilaporkan.


Mangsa tidak boleh berdiam diri

Perasaan malu, tiada tempat mengadu, rasa bimbang dijadikan bahan sindiran apatah lagi perasaan takut diberhentikan kerja menyebabkan kebanyakan mangsa gangguan seksual enggan melaporkan masalah dihadapi dan terpaksa menderita serta memendam perasaan sendirian.

Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Negeri Johor, Kementerian Sumber Manusia, Ruzita Bahari, berkata kes gangguan seksual dulu kurang diperkatakan tetapi apabila berlaku peralihan aliran pekerjaan, yang mana semakin ramai wanita menceburi sektor pekerjaan didominasi lelaki seperti arkitek dan kejuruteraan, masalah itu mula dibangkitkan.
Ini kerana dipercayai ada kemungkinan berlaku gangguan seksual.

Ruzita berkata, menyedari gangguan seksual memberikan pelbagai impak, termasuk kesan negatif terhadap semangat dan prestasi pekerja serta boleh menjatuhkan produktiviti, Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.

Katanya, kod amalan diperkenalkan pada Ogos 1999 itu adalah yang pertama dan bertujuan memberi panduan praktikal kepada majikan, pekerja dan pihak lain berkaitan dalam melindungi maruah diri pekerja wanita dan lelaki.

Berdasarkan kod amalan ini, gangguan seksual bermakna sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah boleh dianggap mangsa sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya.

Ia juga adalah sebarang tingkah laku yang boleh dianggap mangsa sebagai satu pencabulan maruah mahu pun penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.

Ruzita berkata, gangguan seksual di tempat kerja juga boleh berbentuk ugutan (sexual coercion) dan ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja & Majikan - Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Akta 1955 Pekerjaan & Akta 1967 Berkaitan Industri, pada Seminar Gangguan Seksual & Produktiviti; Peranan Anda Sebagai Individu, Organisasi dan Komuniti anjuran BG Capital Holdings Sdn Bhd & Berani Guard Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di Shah Alam, baru-baru ini.

Kata Ruzita, gangguan seksual berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.

“Lazimnya, ia membabitkan pegawai atasan yang berkuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan manakala gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan tetapi tiada mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah pekerjaan,” jelasnya.

Ruzita berkata, kod amalan itu penting diperkenalkan bagi mengelakkan pekerja bertukar kerja dan kualiti kerja menurun. Jika keadaan itu berterusan, syarikat bukan saja kehilangan produktiviti pengeluaran malah pekerja yang berkebolehan dan boleh diharapkan.

“Mungkin ada majikan berkata seorang pergi, 10 pekerja akan datang tetapi apa akan terjadi jika semua yang datang itu tidak sama kebolehannya dengan seorang yang berhenti kerja. Pemberhentian pekerja turut menyebabkan majikan perlu menambah kos bagi menggaji pekerja baru.

“Bagaimanapun, hal ini bukan saja mengenai produktiviti dan kecekapan tetapi turut membabitkan kesejahteraan di tempat bekerja,” katanya.

Ruzita memberitahu, sejak kod amalan itu diperkenalkan dan sehingga Mei 2011, sebanyak 324 kes dilaporkan. Laporan diterima bukan saja daripada malah merangkumi rakan, suami dan tunang mangsa terbabit.

Beliau percaya angka itu bagaimanapun tidak menggambarkan keadaan sebenar yang mungkin lebih tinggi berikutan masih ramai mangsa yang berdiam diri dan tidak membuat sebarang laporan terhadap pelaku.

Lebih menarik, kata Ruzita, berdasarkan konteks kod amal itu, gangguan seksual di tempat kerja juga merangkumi gangguan seksual yang berlaku di luar tempat kerja, yang timbul daripada hubungan dan tanggungjawab berkaitan dengan pekerjaan.

Nasihatnya, jika berlaku sebarang gangguan seksual, mangsa mestilah bersemuka dengan pelaku. Perkara lain yang harus dibuat ialah menulis surat kepada pelaku bagi menyatakan pendirian tidak suka dengan perbuatan dilakukan dan mencatatkan setiap kejadian dalam diari atau bukti catatan.

Katanya, paling penting mangsa perlu melaporkan kejadian itu dengan pihak pengurusan dan jangan sesekali simpan sendiri masalah atau kejadian tidak diingini itu.

“Undang-undang saja tidak dapat menghentikan masalah gangguan seksual, sebaliknya pembabitan semua pihak adalah amat mustahak bagi mengatasi masalah berkenaan,” tegasnya.


Mangsa perlu buat laporan segera

SESIAPA saja boleh menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Justeru, jangan buat andaian bahawa kejadian gangguan seksual di tempat kerja hanya membabitkan mangsa tertentu saja seperti wanita, pekerja bahagian perkeranian atau bawahan, di kalangan orang muda mahu pun yang baru bekerja.

Perunding Undang-undang, J Edwin Rajasooria berkata, hakikatnya kes gangguan seksual di tempat kerja turut membabitkan mangsa berjawatan dan kedudukan tinggi dalam syarikat, mereka sudah berusia serta tidak kecuali mangsanya adalah lelaki.

Edwin turut memberitahu, dalam menangani masalah kes gangguan seksual di tempat kerja di negara ini, buat masa ini tiada akta khusus, sebaliknya hanya bergantung pada Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, Akta Pekerjaan dan industri.

“Akta Pekerjaan juga terbatas kerana merangkumi pekerja di Semenanjung saja. Sementara itu, Akta Industri yang ada pula tidak merangkumi pekerja seperti sub kontraktor yang mungkin perlu bekerja buat masa tertentu di syarikat itu. Bahkan, akta yang ada mestilah membabitkan antara pekerja dan pekerja di tempat itu saja,” katanya.

Sehubungan itu, Edwin menyarankan akta dan kod amalan yang berkaitan gangguan seksual tempat kerja perlu dilihat semula dan jika perlu, dipinda bagi mengatasi kes gangguan seksual dan mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Berdepan dengan masalah gangguan seksual, mangsa perlu berani untuk tampil ke hadapan. Tetapi realitinya, melakukan ini adalah sesuatu yang amat sukar. Namun, jika sesiapa menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja, dia perlu buat laporan kepada polis dan majikan. Ini kerana setiap kes gangguan seksual perlu ada bukti kerjasama dengan beberapa pihak.

“Sesiapa saja yang diganggu seksual sebaik-baiknya pastikan ada bukti kerjasama, termasuklah menyimpan kertas laporan yang dibuat kepada polis atau memberitahu ahli keluarga lain seperti suami, rakan atau sesiapa yang berkenaan. Semua itu perlu dibuat dengan segera sebaik saja kejadian gangguan seksual berlaku dan ia boleh dijadikan bukti sokongan bagi pertuduhan yang dibuat terhadap pelaku,” katanya turut memberitahu catatan diari juga boleh dijadikan bukti.


INFO

Maksud gangguan seksual di tempat kerja

* Gangguan seksual di tempat kerja adalah gangguan seksual yang berlaku di tempat bekerja semasa, dalam atau di luar waktu kerja, yang mana ia timbul daripada hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan. Ini termasuk:

  • Di majlis sosial berhubung dengan pekerjaan.
  • Semasa menjalankan tugas di luar tempat kerja.
  • Semasa mesyuarat atau latihan berkaitan dengan pekerjaan.
  • Semasa perjalanan berkaitan dengan tugas.
  • Melalui perhubungan telefon atau media elektronik.



Tindakan yang boleh diambil mangsa

  • Katakan TIDAK kepada pelaku.
  • Catatkan setiap kejadian. Tulis tarikh, masa dan tempat kejadian, termasuk maklumat kejadian dan
    tindak balas anda. Simpan salinan di rumah.
  • Dapatkan sokongan moral daripada rakan serta ahli keluarga.
  • Jangan memendam keseorangan.
  • Buat laporan kepada pihak pengurusan atasan atau Bahagian Sumber Manusia.
  • Buat laporan polis.
  • Buat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran melalui surat, e-mel atau telefon.

2 comments:

  1. Adakah anda seorang peniaga atau perempuan? Jika dalam apa-apa masalah kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Jika anda membayar bil-bil atau hutang untuk menyelesaikan anda, atau adakah saya memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan ia adalah bank-bank tempatan keras / mencari modal untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab, jika anda suka,

    * Pinjaman Kenderaan
    * Pinjaman Harta Tanah
    * Pinjaman Perniagaan
    * Lain-lain Pinjaman
    * Kredit
    * MasterCard

    Sila hubungi kami melalui e-mel: Saya Theresaloancompany@gmail.com
    Nota: Pinjaman memberi kepada kadar faedah tahunan hanya 2%. Sila anda akan diberi kredit dalam mana-mana negara di dunia perlu diberitahu kediaman.

    Mana-mana pelanggan yang memerlukan, perlu memberikan kami maklumat berikut untuk membuka fail pemprosesan pinjaman.

    1. NAMA PENUH: ...............................
    2. ALAMAT: .............................. .. ...
    3. PEKERJAAN: .....................
    4. NEGARA: ........................
    5. KEADAAN: ........................ ..
    6. Bandar: ...........................
    7. SEKS: ............................
    8. Umur ........................... ..
    9. NOMBOR TELEFON BIMBIT: ............ ..
    10. JUMLAH KREDIT YANG DIPERLUKAN: ..........
    11.Monthly Pendapatan ..................
    12.DURATIO daripada: ..................... ..
    13. PINJAMAN TUJUAN ...............

    Terima kasih atas kerjasama anda
    Theresa PINJAMAN SYARIKAT
    ALAMAT EMAIL: Saya Theresaloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Halo, Ramadan adalah di sini sudah tidak anda berfikir ia adalah masa untuk mendapatkan berkah dari Allah boleh conected hari ini dan anda pasti akan bahagia dengan kasih karunia Allah.

    Nama saya adalah Cynthia Johnson. kita gadai janji, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman Hotel, tawaran komersial Umum Mr John Carlson, orang harus mengemas kini semua situasi kewangan di dunia / syarikat untuk membantu mereka yang berdaftar pemberi pinjaman wang pinjaman peribadi, pinjaman, kredit pembinaan, rendah kadar faedah 2% dll kredit modal, pinjaman perniagaan dan pinjaman kredit buruk bekerja, start up. Kami membiayai projek di tangan dan syarikat anda / rakan kongsi dan saya juga ingin menawarkan pinjaman peribadi untuk pelanggan mereka. hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lebih lanjut: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...