Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Celine Dion penggemar kasut berjenama


Penyanyi yang terkenal dengan lagu My Heart Will Go On, Celine Dion dilaporkan mempunyai koleksi kasut sebanyak 3,000 pasang dalam simpanannya.
Celine mengakui obses dengan kasut dan memberitahu akan membeli lagi kasut apabila keluar membeli-belah.
“Saya sangat obses dengan kasut dan ia seperti satu ketagihan untuk membeli kasut,” ujarnya.
Celine memberitahu dia gemarkan kasut daripada jenama Chanel, Louis Vuitton dan Jimmy Choo sebagai koleksinya.
“Pada dasarnya, saya tidak kisah apa jenama kasut itu kerana jika ia kelihatan cantik dan selesa saya akan membelinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...