Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Britney bertunang



Penyanyi, Britney Spears akhirnya mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Jason Trawick.
Pengumuman itu akhirnya menjawab segala spekulasi mengenai khabar itu yang sudah dapat dihidu oleh media barat baru-baru ini.
Britney yang memberitahu khabar gembira itu secara rasmi melalui Twitternya, Sabtu lalu.
“Ya kami sudah bertunang,” tulisnya.
Jason yang turut mengakui sangat bahagia berkata bahawa dia telah melamar Britney di depan anak-anak penyanyi tersebut.
Katanya, dia sengaja mahu anak-anak Britney iaitu Sean Preston (6) dan Jayden James (5) menjadi saksi hari bahagia mareka.
Difahamkan, Britney menerima sebentuk cincin berlian dari Jason sempena pertunangan mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...