Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Bekas kartunis derita sakit



belitong
KUALA LUMPUR - Bekas kartunis komik tempatan yang juga pesakit buah pinggang tahap akhir mengharapkan pihak prihatin membantu membiayai kos rawatan hemodialisisnya.

Mohd Khairul Mohd Noh, 36, atau lebih dikenali Belitong yang disahkan menghadapi masalah itu sejak sebulan lalu berkata, dia kini tidak mampu bekerja disebabkan penyakit berkenaan.

Lebih malang lagi menurutnya, dia kini terpaksa menampung pembiayaan kos rawatannya sendiri apabila dimaklumkan slot rawatan di sebuah hospital kerajaan penuh.

“Saya perlu menjalanii rawatan di pusat perubatan dialisis swasta dengan kos RM250 termasuk kos suntikan bagi menambahkan penghasilan sel darah merah yang berkurangan,” katanya ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Dia yang juga pernah menggunakan nama samaran ATANz dan Maus berkata, dia sekeluarga kini hanya mengharapkan bantuan pihak prihatin.

“Lembaga Zakat Selangor LZS meluluskan bantuan kos rawatan dialisis bagi Disember 2011 dan permohonan baru perlu dibuat untuk masa depan,” katanya.

Sementara itu, isterinya dikenali sebagai Aisyah berharap bantuan bulanan menampung kos rawatan suaminya itu disamping perbelanjaan bulanan tiga anak mereka yang akan memulakan persekolahan tahun depan.

“Kami sekeluarga tinggal bersama ibu, saya amat mengharapkan bantuan rawatan suami dan juga perbelanjaan anak-anak,”katanya.

Pasangan itu mempunyai empat anak masing-masing berusia tiga, enam, sembilan dan 12 tahun.

Sementara itu dalam kunjungan keluarga berkenaan ke Pusat Aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini, Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah berkata, PPIM akan berusaha membantu keluarga itu.

“PPIM akan mendapatkan bantuan bulanan dia sebagai asnaf dan bayaran sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor LZS,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...