Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 17 December 2011

Bayern tetap garang


Skuad 10 pemain tanpa Ribery benam Bologne

BERLIN: Bayern Munich tetap garang menewaskan Bologne 3-0 biarpun penyerangnya, Franck Ribery dilayangkan kad merah, sekali gus kekal menerajui tangga teratas Liga Jerman yang akan berehat empat minggu.
Ribery dibuang padang pada minit ke-33 selepas dilayangkan kad kuning kedua akibat menepis muka Henrique Sereno selepas kedua-dua mereka terlebih dulu diberikan kad kuning pertama kerana bercakaran di dalam kotak penalti.
“Sudah tentu dia (Ribery) tidak sepatutnya membenarkan dirinya diprovokasi lawan. Tapi pasukan saya tetap mempamerkan kesabaran dan memberi reaksi baik,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes.

Mario Gomez menjaringkan gol ke-16 musim ini untuk membolehkan Bayern mendahului pada minit ke-48 sebelum dua lagi jaringan diperoleh menerusi David Alaba (m-63) dan Toni Kroos (m-88).

Bayern kini enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua dan ketiga, Borussia Dortmund dan Schalke tetapi kedua-dua pasukan itu turun beraksi awal pagi tadi.
Jurulatih Cologne, Stale Solbakken pula menyalahkan jadual padat sebagai punca kekalahan sambil berkata: “Kalau kamu perasan, ini perlawanan ketiga kami dalam tempoh enam hari.” – AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...