Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 3 December 2011

Alahan ker aku ni ? Sebelum ni tak pernah pun....

  Sakit kepala sudah mulai hilang setelah 2hari makan ubat dr klinik swasta tapi penyakit lain lak yang timbul kat aku. Kat muka , seluruh badan dan kepala terasa gatal yang teramat sangat dan timbul mcm ruam. Alahan kepada ubatkah aku / doktor salah bagi ubat ? terasa esok nak refer kepada pakar kulit kat hospital kerajaan takut-takut lebih mudharat dan lagi satu aku xleh tahan gatal yang teramat sangat ni. malas aku nk menyumpah seranah doktor tu kerna aku tak pasti apakah punca sebenrnya ? mungkin kah tanda-tanda aku mengidap sejenis penyakit lain ? minta-minta dijauhkan oleh Allah. Walaupun aku alami alahan yang teruk tapi tetap bersyukur kerana sakit kepala dan demam hilang sama sekali..jika nak dibandingkan alahan dengan sakit kepala, aku lebih rela tanggung alahan ini kerana ia tidak menyakitkan setakat ini.

Bila belek-belek majalah kesihatan mencari- cari mengenai penyakit alahan:

Alahan bermaksud ‘perubahan aktiviti’. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertekan, tertelan atau tercucuk.


Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Penyebab alahan berpunca dari tumbuh-tumbuhan, makanan (terutamanya makanan laut dan bahan kimia yang terkandung  dalam perisa, pewarna dan pengawet), uat-ubatan, gigitan dan habuk.
Alahan juga merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada :
  • kulit (ruam)/eczema, 
  • hidung (resdung)/allergic rhinitis, 
  • mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis 
  • dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis.
Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah.
TANDA DAN GEJALA
1.    Tekak rasa gatal.
2.    Anafilaksi (sehingga boleh membawa maut).
3.    Sakit perut.
4.    Loya.
5.    Muntah.
6.    Kekejangan otot perut.
7.    Gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
8.    Gatal-gatal/urtikaria
9.    Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
10.  Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
11.  Sesak nafas/bunyi ronkus.
Pantang larang sebelum jumpe doktor
  • perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit. 
  • tidak dibenarkan memakan makanan sea food kerana ianya mengandungi acid dan cadmium yang akan memparahkan lagi.
  • doktor akan mengambil DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan air kencing supaya Perubatan Elektronik dapat membuat ubat khusus yang mampu memperbaiki kerosakan DNA, menguatkan imun sistem dan saraf kulit sehingga kuman yang menyebabkan alahan terutama ‘Staphylococcus aureus’ dapat dimusnahkan.
  • Jika terdapat gatal atau alahan kulit, pesakit akan dibekalkan krim sapu supaya penyakit alahan boleh disembuhkan secepat mungkin dan disamping itu, pesakit kena melakukan Therapy Live Nosode yang bertujuan memancarkan gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh pesakit alahan supaya segala gelombang penyakit asal alahan dapat dimusnahkan.
Ini sekadar maklumat yang aku dapat. pagi tadi masa mandi tersilap mandi dengan sabun dettol lak , maka muka dan badan aku makin teruk jadinya. 1 hari la aku menderita sementara nak tunggu hospital buka esok kerna hari ni cuti umum. 

sabar je lah yang mampu aku buat.....hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...