Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 3 December 2011

Tips bg mengelak alahan bertambah teruk

Alahan kulit a.k.a Allergic Eczema

  • air boleh melembapkan kulit. Sebenarnya air yang terkena pada kulit terlalu lama contohnya akibat mandi atau membasuh terlalu lama akan menyebabkan kandungan air semulajadi dalam kulit meruap keluar. Dan membawa keluar bersamanya pelembab semulajadi kulit, sejenis minyak dipanggil natural mosturising factor.Kesannya kulit menjadi semakin kering. Kulit kita sebenarnya mengandungi pelembab semulajadinya sendiri. Perhatian penting untuk mereka yang punya kulit sensitif seperti eczema (skin allergy).
  • penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ seperti Dettol, Protex, Lifebuoy, (segala macam sabun antibakteria), etc yang kita sangkakan boleh menyahkuman secara extra dan mengurangkan gatal-gatal alahan kulit. Tetapi sebenarnya kulit akan menjadi bertambah kering dan lebih sensitif. Boleh menyebabkan eczema bertambah teruk (flare up). Mandian yang disyorkan untuk mereka yang berkulit sensitif ialah sabun berPH 5.5 atau mandian bayi. Yang tidak mempunyai unsur ‘sabun’ (non soap cleanser). Ataupun carilah mandian yang mempunyai kandungan pelembab (moisturiser) seperti Dove, etc. Sebaiknya jangan amalkan memakai produk sabun atau kosmetik yang mengandungi wangian (fragrance), kerana mungkin anda juga alah dengan bahan tersebut.Bahkan sesetengah pesakit langsung tidak menggunakan sabun ketika mandi kerana eczema yang sangat teruk. Hanya melumurkan aqueous cream seluruh badan dan kemudian membilasnya
  • Disyorkan juga penggunaan pelembab selepas mandi yang mempunyai humectant(glycerin,etc) atau emollient (petroleum jelly, sunflower oil).
  • Sangat penting bagi mereka yang punya alahan ini untuk mengenalpasti dan mengeksperimen sendiri punca-punca yang mendatangkan alahan contohnya sesetengah makanan, habuk, bulu kucing, hama, produk sabun atau kosmetik dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari mendekati allergen tersebut.
  • Jangan bersedih dengan kulit anda, walaupun maintenance agak mahal, penyakit ini adalah anugerah. Yang merasai lebih mengetahui dan memahami. Dan ramai sebenarnya yang mempunyai masalah eczema ini tetapi tidak mengetahuinya.Atopic Eczema-Allergic Rhinitis-Bronchial Asthma-Allergic Conjuctivitis (Rangkaian atopic disease yang anda mungkin menghidap salah satu atau lebih daripadanya sekiranya ahli keluarga anda mempunyai salah satu daripadanya)Contohnya jika adik anda penghidap asthma, dan anda mempunyai masalah alahan kulit, sangat berkemungkinan besar diagnosis masalah kulit anda ialah Atopic Eczema.
  • Cuaca yang panas sekarang pun sangat menguji kesabaran kita semua, semuanya terasa kering, kering kulit, perit tekak. Lebihkan minum air. Jika perlu pelembab gunakan pelembab. Sesetengah kawasan yang berjerebu, sememangnya amat mencabar bagi pesakit asma, COPD (Chronic obstructive Pulmonary Disease), dan juga penghidap masalah kulit eczema.
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku” Asy-Syuara’ : 80

credit blog indah khabar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...