Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

16 dapat Datuk, Datin Paduka

Tengku Muhamad ketuai 113 penerima pingat Keputeraan Sultan Selangor

KLANG: Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah mengetuai senarai 113 penerima anugerah, darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini apabila dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Kedua (DKII) pada istiadat di Istana Alam Shah, di sini.

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) membawa gelaran Datuk Seri pula dikurniakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway merangkap Pro Canselor Kolej Universiti Sunway, Datuk Razman M Hashim.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) membawa gelaran Datuk Setia, manakala 16 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) membawa gelaran Datuk dan Datin Paduka.
Antara penerima DPMS termasuk EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong; Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Darjah Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datuk dan Datin Paduka bagi wanita pula diketuai Engku Maharaja Lela Setia Paduka, Syed Budriz Putra Jamalullail; Asisten Ketua Staf Tadbir TLDM, Laksamana Pertama Wah Yuen Mei; Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan TLDM, R Subramaniam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar; Pengarah Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa dan Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof Madya Saudah Sulaiman.

Ketua Pegawai Strategi Permodalan Nasional Berhad, Kartini Abdul Manaf; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Shahril Ridza Ridzuan; Pengarah/Ketua Pasaran Islam AmInvesment Bank Bhd, Mohd Effendi Abdullah dan Pengarah Urusan D'FA Print Sdn Bhd, Abdul Ishak.
Turut menerima DSIS, bekas pemain bola sepak, Datuk Santokh Singh dan Khaidir Boyong; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Fikry @ Fickry Yaacob; Pengarah Urusan Kumpulan Benalec Holdings Berhad, Vincent Leaw Seng Hai dan Juruaudit Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Selangor, Hui Swee Teck.

Masing-masing 15 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) dan Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS), 15 menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS), 21 lagi menerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan 10 menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

Antara penerima AMS adalah Ketua Pengarang Ch-9 Media Sdn Bhd (TV9), Lokman Hamidi, manakala Ketua Biro Berita Harian Selangor, Wan Ahmad Jailani Wan Abdul Razak antara penerima AIS.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...