Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 11 December 2011

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


YA Allah Ya Rahman Ya Rahim
Selamat kita beribadah kerana Allah
DariNya UntukNya dan RahmatNya
Apabila kita masih menanti akan makbulnya doa-doa
Seharusnya kita bersyukur akan segala pemberian Allah pada kita
Tak terhitung anugerah itu yang telah kita kecapi
Kita bersedih akan apa menimpa kita
Kita lupa Allah membelai kita sentiasa
DIA juga menunggu kita membelai namaNYA
Kita merayu padaNYA
Pasti
DIA akan memberikan esok atau lusa atau
Disimpannya pada tiba ketikanya
Maka bergembiralah dan insaflah sentiasa
Kerana DIA beri kesabaran...
Minta dariNya keampunan
Sujud padaNya minta dikasihankan
Minta dariNya ketakwaan
Sujud padaNya minta keimanan
Cekal dan kekal hingga nyawa diambil dari badan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Apalah hidup tanpa ujian
Dia sayang kita menaikkan darjat kita padaNya...
Sapulah air mata itu
Usah ditangisi
Yakin DIA mendengar dan mengetahui
Bersyukurlah
Ingat padaNYA
DIA mengetahui segala sesuatu
Yang kita sedar dan tidak sedar
Merayulah padaNYA
Ada jalan keluar
Beri balasan!
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sujud padaNya tanpa jemu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ingat DIA Maha Bjaksana
Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar
Walillah Ilham
Salam kemaafan
ASMAH AHMAD
Ampang, Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...