Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 14 December 2011

Usah percaya unsur kotor


KUALA LUMPUR: “Jangan terkeliru dengan dukun yang membaca ayat suci al-Quran sedangkan pada masa sama menggunakan bahan diragui seperti kain kuning dan paku,” kata Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (Gapera), Mohd Adzhar Abd Latif.
Beliau berkata, dalam perubatan tradisional khususnya Islam, hanya kalimah al-Quran bahan paling mujarab untuk merawat mahupun menepis gangguan sihir selain air.

“Penggunaan najis mahupun unsur kotor lain sebagai bahan dalam amalan bomoh contohnya, ia melanggar akidah Islam serta tidak langsung boleh diterima pakai untuk mana-mana rawatan tradisional sebenar.
“Mungkin bahan itu berkait dengan makanan untuk makhluk halus mahupun jin yang dipuja,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut, berkata menggunakan dukun untuk memperoleh cinta tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya bakal mengundang lebih banyak masalah lain kelak.

“Kenapa perlu percaya pada dukun untuk memiliki cinta sedangkan kita diterapkan dengan kepercayaan bahawa jodoh itu di tangan Tuhan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...