Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Tidur nyenyak tambah tenaga

BERCUTI memang menyenangkan sampai terkadang kita lupa merehatkan tubuh dan tetap memilih untuk berjaga berjam-jam.
Disebabkan itu, keletihan dan tidak fokus terhadap apa yang dilihat serta dirasai akan berlaku, sekali gus mendatangkan kerugian di sepanjang percutian anda.

Walaupun sedang bercuti, tidur nyenyak sangat penting. Oleh itu, berikut adalah tip supaya anda dapat merehatkan badan selama bercuti.



Pakai pakaian tidur yang selesa

Bagi memudahkan tidur, gunakanlah pakaian yang selesa. Jenis pakaian yang anda kenakan sangat mempengaruhi gerak tubuh anda ketika tidur. Ini kerana, pakaian yang selesa akan membuatkan anda mudah bertukar posisi ketika tidur, sekali gus membantu anda mendapatkan tidur berkualiti.


Jenis pakaian

Pakailah pakaian yang sedikit longgar dan bahan yang me�nyerap peluh seperti kain kapas. Jangan pakai pakaian yang tebal atau ketat ketika tidur.

Perkara penting yang harus diingat ialah biarkan tubuh anda dapat bernafas. Jika anda kesejukan, pakailah baju panas dan tertutup.


Membaca buku dan mende�ngar lagu

Ramai orang biasanya membaca buku atau mendengar muzik sebelum mereka tidur. Ini adalah idea yang cukup baik untuk anda lakukan ketika melancong.

Jika anda membaca buku dengan cerita ringan, ia dapat membantu menyenangkan fikiran anda. Ia juga sama dengan muzik tertentu tenang dan santai. Ia bukan saja dapat menyenangkan fikiran anda tetapi juga tubuh sehingga anda dapat beristirehat seketika.


Meditasi dan kawalm pernafasan

Anda juga boleh melakukan meditasi dan tarik nafas dalam-dalam. Meditasi juga adalah satu cara terbaik menyenangkan fikiran. Melakukan meditasi sebelum tidur dapat memberi ketenangan, sekali gus membolehkan anda tidur dengan nyenyak.

Jika tidak biasa melakukan meditasi, mengawal pernafasan dan menarik nafas dalam-dalam berulang kali, menghirup udara segar dan mengeluarkannya perlahan-lahan melalui mulut boleh membantu dan memberikan ketenangan kepada anda.

Ketika itu, cuba untuk lupakan semua yang difikirkan dan hanya menumpukan kepada pernafasan anda dan dengarlah udara masuk dan keluar dari tubuh anda.


Makan makanan berzat

Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan agar tubuh boleh mendapatkan rehat yang secukupnya ketika bercuti, makanlah makanan yang berzat dengan jumlah yang sedikit sebelum tidur.

Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap ketika bercuti dapat mengelak mabuk perjalanan dan membantu anda tidur dengan lebih baik.

Cuba elak makan salad dan makanan mentah kerana anda memerlukan banyak tenaga untuk mencerna makanan itu. Hindari juga makanan ringan dan berminyak kerana ia membuatkan anda merasa tidak selesa terutama sebelum tidur.

Pengambilan kopi atau alkohol juga perlu dielakkan kerana ia membuatkan anda berjaga. Minuman yang paling sesuai untuk mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak ialah susu panas.

Mandi sebelum tidur Cuba mandi sebelum tidur. Berinteraksi dengan air selain membuatkan anda terasa nyaman, ia juga dapat melepaskan ketegangan dan menyegarkan fikiran anda. Selepas mandi terutama dengan air panas, anda mungkin merasa mengantuk.


Tidur dalam perjalanan

Untuk mendapatkan rehat yang cukup ketika bercuti, cubalah tidur ketika anda berada di dalam kereta, pesawat atau pengangkutan lain yang digunakan untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Walaupun sekejap, tidur yang nyenyak dapat menambah tenaga anda ketika bangun dan tiba di destinasi. Dapatkan bantal kecil, kain penutup mata dan tenangkan fikiran saat tidur supaya anda dapat tidur yang berkualiti.

Apa pun cara anda untuk mendapatkan rehat yang cukup ketika bercuti, harus diingat rehat yang cukup sangat penting. Anda bukan saja memperoleh tenaga untuk meneroka di setiap tempat menarik tetapi juga memberi anda keseronokan ketika melancong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...