Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Sultan dukacita pemberian anugerah dipolitikkan


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

NONESetiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima sahaja akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

"Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri," katanya pada sidang media, di Shah Alam.

Katanya tidak ada calon daripada Pakatan Rakyat atau BN yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran, kecuali satu anugerah kepada anggota exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali dari parti PAS.

NONE"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan  kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.
Tengku Arif Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mengetuai senarai 113 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri itu.

Tengku Muhamad Yusof Shah, yang juga nenda kepada Sultan Selangor, menerima Darjah Kerabat II (DK II).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersama dua individu lain menerima Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang  membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Mereka yang turut menerima SPMS ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pro Canselor Sunway Universiti Kolej Datuk Razman M Hashim.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dianugerahkan Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan darjah dan bintang kebesaran berkenaan pada satu majlis yang diadakan di Balairong Seri Istana Alam Shah Klang.

Seramai 16 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Hasan Mohamed Ali; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong; Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyiddin Ibrahim; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Radin Umar Radin Sohadi; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Mohtar Mohd Abd Rahman.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah; Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan; Panglima 11 Briged Brig Jen Mohd Azmi Borhan; Pengarah Artileri Jabatan Arah Artileri Kementerian Pertahanan Brig Jen Mohd Rais Ali; Ketua Pengarah Kejuruteraan Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Wan Othman Wan Abdul Rahman.

Pegawai Daerah Sepang Mohd Amin Ahmad Ahya; Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Misri Idris; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Azman Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Yap Kok Seng; Pengarah Jabatan Mineral dan Geosain Selangor/Wilayah Persekutuan Zakaria Mohamad dan Pengarah Venus Asset Sdn Bhd Ban Song Long.

Seramai 16 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Engku Maharaja Lela Setia Paduka Syed Budriz Putra Syed Amir Abidin Jamalullail; Asisten Ketua Staf Tadbir Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Wah Yuen Mei.

Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Pertama R Subramaniam; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussin;  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM Prof Dr Mohd Saleh Jaafar; Pengarah Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Syed Mohd Ghazali Syed Adwam Wafa.

Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA Prof Madya Saudah Sulaiman; Ketua Pegawai Strategi Permodalan Nasional Bhd Kartini Abdul Manaf; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah/ Ketua Pasaran-Pasaran Islam AmInvestment Bank Bhd Mohd Effendi Abdullah.

Pengarah Urusan D'FA Print Sdn Bhd Abdul Ishak; bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Santokh Singh; Setiausaha Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia Khaidir Buyong; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Fikry Yaacob; Pengarah Urusan Kumpulan Benalec Holdings Bhd Vincent Leaw Seng Hai dan Juruaudit Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Selangor Hui Swee Teck.

Seramai 15 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) iaitu Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Mohammad Adib Husain dan Mohamed Fouzi Mokhtar; Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik UPM Prof Dr Zarida Hambali; Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM Prof Dr Mohd Ali Hassan.

Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad; Pegawai Memerintah KD Sri Klang Kapten Jamal Nuruddin; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu  Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Nordin Kadir; Ketua Polis Daerah Klang  Selatan ACP Mohamad Mat Yusop; Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin dan Komander Suhaimi Sani daripada Markas Tentera Laut.

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Abdul Ghani Hashim; Yang Dipertua Majlis Daerah Sepang Mohd Sayuthi Bakar; Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Menteri Besar Selangor Norzaton Aini Mohd Kassim dan Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Abdul Halem Hapiz Salihin.

Sementara itu, empat petugas pertubuhan media adalah antara 21 penerima Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) iaitu Ketua Biro Bernama Selangor Muammar Kamarudin, Ketua Biro Berita Harian Selangor Wan Ahmad Jailani Wan Abdul Razak, Editor Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur Khairul Amri Yasin dan Penolong Pengarang Pemprosesan Utusan Malaysia Nor Sedek Ismail.

Selain itu, 15 orang menerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) dan 15 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...