Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 14 December 2011

'rampasan kuasa' Felda


Senator PKR, Syed Husin Ali menuntut perdana menteri menjelaskan "rampasan kuasa" yang berlaku dalam Felda sehingga menyebabkan pengarah besar lembaga tanah itu, Datuk Zulkifli Wahab "digantung" dari tugas.

Beliau mendakwa, rampasan kuasa itu dijalankan melalui tindakan yang melanggar akta koperasi dalam satu mesyuarat lembaga Felda.

"Sepatutnya Zulkifli mesti pengerusikan mesyuarat, dan waktu itu dia tak ada, diadakan juga mesyuarat tanpa dia.

"Kemudian dia diganti," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Mesyuarat pada 25 Ogos itu, yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Felda Berhad, dijalankan ketika Zulkifli sedang melakukan ibadah umrah.

"Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh ketua eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," dakwa Syed Husin lagi yang membacakan satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...