Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday, 5 December 2011

Populariti Nazmi cukup dahsyat...

DARIPADA status pemain gantian, Muhamad Nazmi Faiz Mansor kini semakin mendapat perhatian di kalangan peminat bola sepak tanah air hingga melabelnya sebagai bintang masa depan negara.
Ketika ramai pihak termasuk jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menyuarakan kebimbangan populariti melampau yang diberikan kepada pemain tengah itu, Nazmi berjanji tidak akan tenggelam dengan pujian yang diberikan.

“Memang saya terkejut dengan apa yang saya alami sekarang tapi saya tanamkan dalam diri supaya tidak cepat puas hati sebaliknya terus fokus untuk memperbaiki prestasi.
“Jurulatih (Kim Swee) ada memberikan nasihat kepada saya supaya jangan terlalu memberi perhatian kepada perkara di luar padang,” katanya yang ditemui pada sesi latihan pertama skuad Olimpik negara di Wisma FAM semalam.

Populariti Nazmi yang berusia 17 tahun semakin memuncak selepas beraksi cemerlang ketika membantu skuad bawah 23 negara meraih pingat emas Sukan Sea Indonesia bulan lalu biarpun namanya disenaraikan pada saat akhir menggantikan Gary Steven Robbart yang mengalami kecederaan.

Biarpun skuad Olimpik kalah di tangan Bahrain 2-3 pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik London selepas itu, gol menerusi ledakan kaki kiri Nazmi masih terus diperkatakan peminat tempatan sehingga kini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mengaku berada di tahap terbaik biarpun terpaksa diusung keluar pada babak kedua pada perlawanan menentang Bahrain akibat kekejangan otot.

Dia yang mengalami masalah kekejangan otot sudah menjalani ujian di Institut Sukan Negara (ISN) baru-baru ini untuk mengenal pasti tahap penyakitnya itu.
“Sekarang saya tidak mengalami sebarang kecederaan, mengenai masalah kekejangan otot itu, ISN sudah mengambil sampel darah bagaimanapun keputusan ujian masih belum diketahui.

“Saya mahu memberi fokus kepada perlawanan di Sydney Australia. Saya harap dapat menimba pengalaman dan memberikan aksi terbaik di sana,” kata Nazmi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...