Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

PKR lancar 'kempen skandal lembu'



PETALING JAYA - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menjelaskan satu kempen pendedahan skandal penyelewengan projek lembu kerajaan 1Malaysia akan dilancarkan diseluruh negara.

Pelancaran kempen itu akan dibuat jam 3 petang pada 17 Disember secara serentak seluruh negara dengan mensasarkan tempat-tempat umum.

"Kita akan melancarkan kempen skandal lembu ini di seluruh Malaysia yang mana ia dilakukan secara serentak dan lokasi di Kuala Lumpur adalah di Pusat membeli belah Sogo dan juga Stesen LRT Masjid Jamek," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu katanya bagi memberi lebih pendedahan kepada rakyat berhubung isu tersebut yang kini seolah-olah mahu disenyapkan media arus perdana.

"Melihat segala apa yang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil perolehi maka jelas membuktikan konsep 1Malaysia gagal direalisasikan, ia sesuai ditukar kepada "Shahrizat didahulukan, NFC diutamakan"," sambungnya lagi.

Lancar 'Marah'

Sementara itu, NGO Jingga 13 hari ini turut melancarkan 'Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah Dan Pecah Amanah (Marah)' sebagai kempen menentang segala salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

Marah bakal membongkar segala isu berkaitan gejala rasuah serta penyalahgunaan wang rakyat oleh BN selama ini.

"Ini satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta dilindungi dari sebarang tindakan mahkamah," kata ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...