Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 11 December 2011

Perjelas isu NFC lebih agresif


KUALA LUMPUR: Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail diminta lebih agresif menjawab tuduhan mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan serta mengambil tindakan mahkamah jika dakwaan itu tidak benar.

Penjelasan itu penting bagi menjawab semua tuduhan pembangkang dan mengelak kekeliruan orang ramai serta tidak membiarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerima imej buruk akibat kegagalan syarikat berkenaan berbuat demikian.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, parti dan kerajaan tidak seharusnya menjadi ‘kambing hitam’ bagi menjawab segala masalah yang ditimbulkan NFC.
“Mohamad Salleh perlu menjawab segala dakwaan beliau dan anaknya masing-masing menerima gaji RM100,000 dan RM40,000 sebulan, beli tanah di Putrajaya dan menunaikan umrah dengan menggunakan duit NFC. Jika tidak benar, saman pembangkang yang membuat tuduhan ini.

“Tuduhan sebegini kalau mereka tidak jawab akan menyusahkan kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Mereka perlu menjawabnya dan jangan hanya diam.

“Adalah tidak adil kalau kerajaan terpaksa menjawab segala tuduhan ini. Jika dakwaan pembangkang itu benar, maka beliau perlu melepaskan semua jawatan dalam NFC,” katanya semalam.

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan laporan Ketua Audit Negara 2010, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...