Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 14 December 2011

Penggunaan Dinar Emas lagi menguntungkan


MASIH ramai yang belum memahami mengenai kepentingan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika, malah beranggapan ia boleh dijadikan duit untuk pembelian semua barang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekarang ini, kalau kita beli atau jual barang, kita menggunakan dolar Amerika dengan nilai yang kadang-kadang turun, kadang-kadang naik, sedangkan sebenarnya mata wang dolar tidak ada nilai.

“Nilai dolar Amerika ini tidak menentu dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri perdagangan negara,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Dinar Emas Larian Sahara 2012 di Kuala Lumpur, kelmarin.
Beliau berkata dinar emas akan tetap mempunyai nilai di mana saja mengikut berat emas.

Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah penting untuk negara menggunakan dinar emas untuk bayaran jual beli dagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...