Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Pegawai syarikat pelaburan didakwa tipu pelabur hampir RM1 juta


SHAH ALAM— Seorang pegawai syarikat pelaburan mata wang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu 30 pelabur untuk membuat pelaburan dalam mata wang emas membabitkan wang berjumlah RM994,898.
Wan Mohamed Wan Zin, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbi Hasan.
Tertuduh didakwa sebagai pegawai syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. telah memperdaya pelabur-pelabur terbabit untuk membuat pelaburan dalam mata wang “Kijang Emas Gold Bullion Coins” yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi, menyebabkan wang sejumlah RM994,898 dibayar kepada syarikat itu untuk faedah kegunaan akaun syarikat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No.139-1A, Pusat Niaga Batu Caves dekat sini, antara 1 Januari 2006 dan 31 Disember tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...