Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Mynet perkenal kempen harta One World 10 Dirham



KUALA LUMPUR  – Mynet Capital Sdn Bhd memperkenalkan One World 10 Dirham untuk menggalakkan penyimpanan harta menerusi logam bernilai di kalangan orang Islam.
Pengerusi eksekutif peniaga jongkong perak dan emas dalam talian itu, Terry Ghani berkata, dirham, yang dikilangkan di Bolivia, adalah satu-satunya dirham perak di dunia yang .99999 asli dan dijual di 25 negara termasuk Malaysia.
"Ia adalah dirham pertama dunia yang diukir dalam Bahasa Inggeris bagi menyebarkan pengetahuannya di kalangan komuniti bukan berbahasa Arab global,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau berkata perkataan, “One World - May Peace Be Upon Our Planet”, yang diukir di atas dirham itu adalah untuk menyampaikan mesej keamanan global.
Terry berkata, dirham dipilih berbanding dinar kerana perak lebih mampu milik berbanding emas.
"Perak juga mempunyai kenaikan harga tinggi berbanding emas,” katanya.
Daripada Januari tahun lepas hingga Jun 2011, harga perak meningkat sebanyak lebih 100 peratus berbanding emas, yang naik 34 peratus.
One World 10 Dirham boleh didapatkan menerusi lama-laman web CIMB Clicks Shoppe, Maybank2u dan postme.com.my. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...