Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

Kereta Fasha Sandha hilang

KUALA LUMPUR: “Saya kehilangan kereta kesayangan petang semalam di salon Chinta. Saya sudah membuat laporan polis yang diwakilkan kepada mama dan biarlah polis saja yang menjalankan siasatan,” kata pelakon popular, Fasha Sandha berhubung kehilangan keretanya, kira-kira jam 3 petang semalam.
Aktres terkenal yang enggan mengulas lanjut mengenai kehilangan keretanya bagaimanapun mengakui apa yang berlaku sudah ketentuan dan takdir Ilahi.

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai perkara ini kerana semuanya sudah diserahkan kepada pihak berkuasa. Biarlah mereka menjalankan siasatan dan saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan,” katanya lagi ketika dihubungi.
Kereta jenis BMW 3 Series berwarna putih yang diletakkan di tempat letak kereta itu dilaporkan hilang ketika pelakon filem Cicakman dan Anak Halal itu sedang bersiap di salon miliknya di Wangsa Maju, di sini untuk menghadiri majlis sidang media filem terbaru lakonannya, Penanggal.

Fasha yang menyedari kehilangan keretanya sebaik menuju ke tempat letak kereta untuk ke majlis sidang media Penanggal itu kemudian membuat laporan polis melalui ibunya di balai berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...