Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 17 December 2011

Kerajaan lulus undang-undang rampas tanah

JAKARTA: Parlimen Indonesia semalam meluluskan rang undang-undang yang sudah lama dinantikan bagi membolehkan kerajaan merampas tanah untuk projek awam. Ia adalah sebahagian usaha untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur yang amat diperlukan.
“Undang-undang tanah itu akan mendatangkan kebaikan kepada negara kerana kini kita boleh melaksanakan pembangunan dengan lancar. Undang-undang itu juga melindungi hak mereka yang terjejas oleh pembangunan,” kata anggota Parlimen, Daryatmo Mardiyanto dalam satu kenyataan.

Undang-undang berkenaan akan disambut baik oleh pelabur yang menantinya sejak ia dicadangkan dua tahun lalu.
Kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu menunjukkan kemudahan asas yang buruk menjadi penghalang utama untuk menjalankan perniagaan di negara itu.

Undang-undang itu memberi hak kepada kerajaan untuk merampas tanah orang awam untuk projek seperti jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang dan loji tenaga sementara pampasan akan dibayar kepada pemilik tanah yang terlibat.

Ia akan berkuatkuasa sebaik saja Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menandatanganinya dalam masa 30 hari. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...