Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 13 December 2011

Hukuman mati warga Lubnan amal ilmu hitam digugurkan


RIYADH: Mahkamah Agung di Arab Saudi menolak hukuman mati ke atas seorang warga Lubnan yang didakwa mengamalkan ilmu hitam dan menyarankan dia dihantar pulang selepas perbicaraan semula, lapor sebuah akhbar, semalam.
Menurut Mahkamah Agung di Riyadh, hukuman mati ke atas Ali Sabat tidak wajar kerana dia tidak membahayakan sesiapa dan tidak melakukan kesalahan di negara ini.

Mahkamah itu mengarahkan kesnya disebut semula di mahkamah rendah di Madinah dan menyarankan Ali yang sudah ditahan selama 30 bulan di penjara sejak penahanannya pada Mei 2008 dihantar pulang. Ali, 46, bapa lima anak dijatuhkan hukuman mati November tahun lalu oleh mahkamah di Madinah kerana mengamalkan ilmu sihir yang dilarang undang-undang syariah Arab Saudi. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...