Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 13 December 2011

hudud penyelamat kes rogol dan jenayah yang lain





Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di atas.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.


Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI
di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.



Atas dasar apa orang islam dan orang kafir menolak hudud? berapa ramai yang telah mati kerana kes rogol termasuk di kalangan orang kafir itu sendiri...fikirlah demi keselamatan sendiri dan orang yang tersayang...


anda sudah baca metro online  hari ini ? Jangan sampai anda yang menjadi mangsa...



Campak tepi jalan lepas gagal perkosa



AMPANG: Seorang wanita berusia 35 tahun melalui detik cemas apabila diserang dua lelaki yang mengacukan pisau dan memaksanya menaiki sebuah pacuan empat roda.
Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain.
“Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain.

“Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan.

“Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini.
Mangsa yang cedera di muka dan badan menghubungi kakaknya sebelum dibawa ke hospital serta membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...