Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Hattan ceraikan isteri dengan talak 3

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat.
Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.


“Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri. “Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah!,” ujarnya.

Artis- artis lain yang bercerai dengan talak 3
  1. Pelakon Emma Akma bercerai talak tiga dengan suaminya, Mohd Kamal Jaafar Sidik 35 tahun ( seorang pengarang Akhbar ) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
    Pasangan berkenaan bernikah pada 1 Januari 2005 dan pernah dua kali bercerai sebelum merujuk semula Mac lalu. 
  2.  Anne Ngasri. Anne telah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006, perkahwinan hanya bertahan 4tahun kalau tak silap saya
    Abdul Wafi melafazkan cerai pada 25 Mac yang lalu pada jam 11.20 pagi di kediaman mereka di Shah Alam. Namun, apa yang lebih mengejutkan, Wafi sebenarnya pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini. Perbicaraan kes lafaz cerai mereka akan bersambung pada 14 Jun ini. Anne dan anaknya kini tinggal di rumah keluarga Anne di Jalan Ipoh





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...