Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

Gay harus didekati ?

IPOH: Golongan gay atau homoseksual Melayu beragama Islam perlu dilihat sebagai ‘pesakit’ dan tidak harus dipandang jelek atau dihina sebaliknya perlu diubati melalui pendekatan lebih bersifat diplomasi berkaitan kesedaran serta pengukuhan iman dalaman.
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata masyarakat tidak harus menyalahkan 100 peratus golongan ini kerana berkemungkinan terdapat faktor luaran menyebabkan mereka menjadi gay.

“Mereka tidak harus dipaksa sebaliknya perlu melalui cara pendekatan lembut supaya mendekati Allah secara rela sebelum menjadi Muslim sejati. “Setakat ini Jakim tidak pernah putus asa mendekati golongan ini dan percaya usaha akan berhasil tidak lama lagi,” katanya. Menurutnya, golongan gay Melayu ini didapati semakin bertambah dan situasi ini membimbangkan “Kami tidak boleh putus asa dan masih belum terlewat mendekati golongan ini dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya. Difahamkan, kakitangan jabatannya sebelum ini menemui beberapa persatuan gay bertujuan menarik mereka mengikuti program pemulihan kendalian Jakim namun hanya segelintir bersetuju.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria melahirkan rasa dukacita dan memberi amaran kepada golongan homoseksual Melayu supaya takut terhadap balasan Tuhan.

“Saya sedih dengan perkara ini dan mahu mengingatkan golongan gay Melayu yang menyokong kegiatan jijik itu terhadap bala murka bakal diturunkan Allah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...