Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Fasha bercerita tentang filem terbarunya

  Ketika pertama kali membaca skrip filem itu dia bimbang berikutan wataknya sangat mencabar dan karakternya memerlukan permainan emosi dalaman.
Dalam filem Penanggal, Fasha akan melakonkan watak Sharifah Zahra, seorang gadis yang baik dan periang. Konflik timbul apabila tunangnya, Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar) hilang secara tiba-tiba.
Pengarah hebat
Pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah yang juga baru pertama kali mengarahkan sebuah filem, Ellie Suriaty, Fasha akui banyak pengalaman yang dikutipnya walaupun baru beberapa hari penggambaran.
“Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.
“Dia menjadikan saya sempurna dalam filem Penanggal,” luncur kata Fasha jujur.
Ujar Fasha lagi, Ellie Suriaty seorang yang rajin dan tidak tahu duduk diam. Tambahan pula Ellie sekarang sedang mengandung.
Fasha sebelum ini pernah berlakon bersama Ellie Suriaty dalam drama bersiri Suteramaya di TV3.
Filem Penanggal dijangka siap penggambaran sepenuhnya pada 26 Januari 2012 dan bakal disiarkan pada penghujung tahun depan. Selain filem Penanggal, Fasha juga akan tampil bersama buah tangan arahan Melissa Saila berjudul Dari Kerana Mata pada tahun depan.
Pada bulan Februari tahun depan, Fasha akan menjalani penggambaran drama bersiri Seindah Sakura, untuk slot Akasia TV3 di Paris, Perancis bersama Fahrin Ahmad.
Fasha juga sedang dalam proses menambah cawangan salun kecantikannya, Chinta di sekitar Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...