Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Ambil insurans kesihatan jika ke Thailand


SONGKHLA 11 Dis. - Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand dinasihati mengambil insurans kesihatan bagi mengelakkan risiko dikenakan caj yang tinggi apabila menerima rawatan di negara gajah putih itu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, selama ini ramai rakyat Malaysia mengambil risiko dengan memasuki Thailand tanpa mengambil insurans kesihatan.
Bercakap kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Sempadan Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini hari ini, beliau berharap rakyat Malaysia tidak bersikap ambil mudah terhadap soal kesihatan mereka apabila berada di Thailand.
Menurutnya, ada kes seorang rakyat Malaysia dikenakan caj rawatan perubatan sehingga lebih RM90,000 selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Thailand akibat kemalangan tidak lama dulu.
"Mereka minta bantuan pejabat konsulat untuk menyelesaikan tuntutan kos itu tapi kami tidak dapat membantu bab kewangan seperti itu,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...