KREDIBILITI DAN KEWIBAWAAN PILIHANRAYA KAMPUS 2012 YANG TERCALAR
Pilihanraya
Kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah
Malaysia dengan campurtangan pihak eksekutif serta amalan budaya
samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta
kebebasan Mahasiswa.
Projek Ops2020, yang didedahkan di dalam
Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon
kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada
nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat
perjalanan pilihanraya kampus yang bersih, adil dan telus.
Gejala
samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru
Pengerusi Pro-M Universiti Malaysa yang dibelasah oleh 5 orang samseng.
Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.
ADAKAN AUDIT TERBUKA KE ATAS SISTEM E-VOTING
Sebahagian
daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan
Sistem E-voting di Universiti Malaya (UM) sejak 2009 - apabila pihak
Pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada
sistem e-voting (undi secara berkomputer).
Para mahasiswa serta
mahasiswi menentang keras sistem e-voting yang diperkenalkan kerana ia
memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi
mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-voting tersebut, dikeruhkan
dengan perjalanan pilihanraya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang
tidak berkepentingan.
Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:
1. Adakah undi rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?
Setelah
E-Voting diperkenalkan sejak 2009, pada tahun 2010 pihak pentadbiran UM
sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam perlaksanaan pilihanraya
kampus iaitu E-Calon, E-Daftar dan E-Bantah yang semuanya berbentuk
elektronik.
Sistem yang digunapakai ini mengakibatkan seribu
permasalahan buat mahasiswa di mana di dalam pilihanraya kampus UM kali
ini – 2 fakulti iaitu Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan
undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi
Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
Sejarah hitam demokrasi kampus
juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila Pilihanraya
Kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah
teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak university
membuktikan sistem E-Undi perlu dibaikpulih, sebelum boleh dilaksana
sepenuhnya.
KEADILAN menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi
melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas
diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku,
termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem E-Voting. Kita wajib
membaikpulih imej university-universiti di Malaysia yang tercalar teruk
akibat manipulasi sebegini.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN
No comments:
Post a Comment