TANGISAN NABI ADAM
Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis,baginda
menangis selama 300 tahun.Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke
langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.
Baginda sujud di atas
gunung selama 100 tahun.Kemudian menangis lagi sehingga air matanya
mengalir di jurang Serantip.Dari air mata Nabi Adam itulah Allah
menumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum air mata baginda.Burung itu berkata:S
edap sungguh air
ini.Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.Baginda menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada
Allah.Lalu telah membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud;
“Hai Adam,sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
(Ruj:Rentetan dan Hikmah- Fadhilat,Zikir dan Doa Harian-Khairul Ghazali)
No comments:
Post a Comment